Cara Belajar yang Efektif

Assalamualaikum. saya ingin mengkongsikan cara belajar efektif bagi pelajar yang tidak dapat faham daripada membaca buku sahaja. Siapa yang hendak baca buku yang membosankan? Contoh yang paling mudah ialah:
  • Membuat peta minda bagi subjek sains, bahasa dan fakta.
  • Melakukan latih-tubi bagi subjek yang susah hendak difahami.
  • Melakarkan lukisan bagi subjek yang memerlukan lakaran
  • Minta bantuan daripada kawan yang pandai subjek lemah
  • Menolong kawan yang lemah dalam subjek yang kita kuat
Selain itu pelajar disarankan belajar bersama-sama. Kalau bersama cikgu lagi bagus. Setiap pelajar ada kesesuaian diri dalam cara belajar. contohnya, setengah pelajar lebih suka belajar keseorangan dan sesetengah lagi pula bersama rakan.

Tetapi, cara yang saya guna untuk ulangkaji lain sekali dengan cara-cara tersebut. Cara saya guna untuk ulangkaji ialah saya akan lukis lakaran contohnya bagi biologi dan fizik sambil melihat buku. Kemudian, saya akan cuba lakar gambar tersebut tanpa menggunakan penolongan buku sehingga saya ingat dalam kepala. Idea ini dicadangkan oleh ayah saya yang kini ayah yang berjaya sebagai jurutera komunikasi.

Itu sajalah yang saya dapat kongsi pada harini. Sekian Terima Kasih.

Comments

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Harrah's Cherokee 세종특별자치 출장안마 Casino Resort is located in the heart of 양산 출장샵 Great Smoky Mountains National Park 김해 출장안마 in Cherokee, North 여수 출장안마 Carolina. The property is 태백 출장안마 located on

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Soalan Percubaan Pulau Pinang Bahasa Melayu Kertas 2

Soalan Percubaan SPM (Kedah, Kelantan)