Soalan Percubaan Pulau Pinang Bahasa Melayu Kertas 2
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
- Mewangi: Rama-rama menghinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu.
- Menyukat: Dua orang juruukur sedang menyukat tapak sebuah bangunan
- Menjulang: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat.
- Menyusut: Air parit di hadapan rumah nenek saya menyusut kerana cuaca panas berterusan.
- Menyelam: Ayah menyelam ke dalam sungai untuk mencari seutas jam tangan yang telah terjatuh akibat kecuaiannya sendiri.
- Menyisih: Apabila tetamu datang, dia segera menyisih ke dalam bilik.
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
- Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. - Beliau akan beta anugerahi gelaran Datuk kerana sumbangannya dalam bidang ekonomi.
- Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya. - Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran itu.
- Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas. - Cikgu Shaari dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Serunding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negaranegara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kesalahan ejaan: Serunding - Serondeng, Kesalahan imbuhan: mengalakkan - menggalakkan.
- Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedari rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok. Kesalahan ejaan: anti-rokok - antirokok. Kesalahan imbuhan: menyedari - menyedarkan.
- Orang ramai disarankan menghadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kesalahan ejaan: kolestrol - kolestrol. Kesalahan imbuhan: menghadkan - mengehadkan.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Encik Yasir berbangga hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik-cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur. berbangga - berbesar, lukisan-lukisannya yang cantik-cantik - lukisan - lukisannya yang cantik.
- Kompleks membeli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara resmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan. resmi - rasmi, membeli-belah - beli-belah.
- Rakyat di negara ini diseru agar menguburkan perasaan cintakan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. menguburkan - menyubrkan, cintakan - cinta akan.
Comments
Post a Comment