Posts

Showing posts from April, 2017

Peta Minda Unsur dalam Bahasa Melayu

Image

Cara Belajar yang Efektif

Assalamualaikum. saya ingin mengkongsikan cara belajar efektif bagi pelajar yang tidak dapat faham daripada membaca buku sahaja. Siapa yang hendak baca buku yang membosankan? Contoh yang paling mudah ialah: Membuat peta minda bagi subjek sains, bahasa dan fakta. Melakukan latih-tubi bagi subjek yang susah hendak difahami. Melakarkan lukisan bagi subjek yang memerlukan lakaran Minta bantuan daripada kawan yang pandai subjek lemah Menolong kawan yang lemah dalam subjek yang kita kuat Selain itu pelajar disarankan belajar bersama-sama. Kalau bersama cikgu lagi bagus. Setiap pelajar ada kesesuaian diri dalam cara belajar. contohnya, setengah pelajar lebih suka belajar keseorangan dan sesetengah lagi pula bersama rakan. Tetapi, cara yang saya guna untuk ulangkaji lain sekali dengan cara-cara tersebut. Cara saya guna untuk ulangkaji ialah saya akan lukis lakaran contohnya bagi biologi dan fizik sambil melihat buku. Kemudian, saya akan cuba lakar gambar tersebut tanpa menggunaka...

Nota Minggu 2

Minggu 2: Unsur-Unsur Asing dalam Bahasa Melayu Pengaruh Bahasa Sanskrit ·          Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan agama Hindu. ·          Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan Mahabharata. ·          Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit ·          Pembelajaran : bahasa, kata, bicara ·          Sifat : mesra, merdu, dahaga ·          Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi ·          Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta ·          Waktu/Masa : senj...

Soalan Percubaan Pulau Pinang Bahasa Melayu Kertas 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  Mewangi: Rama-rama menghinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu. Menyukat: Dua orang juruukur sedang menyukat tapak sebuah bangunan Menjulang: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. Menyusut: Air parit di hadapan rumah nenek saya menyusut kerana cuaca panas berterusan.  Menyelam: Ayah menyelam ke dalam sungai untuk mencari seutas jam tangan yang telah terjatuh akibat kecuaiannya sendiri. Menyisih: Apabila tetamu datang, dia segera menyisih ke dalam bilik. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. - Beliau akan beta anugerahi gelaran Datuk kerana sumbangan...