Posts

Showing posts from 2017

Isi-Isi Aduan Monyet di Kolej PERMATApintar

Keselamatan terjejasnya keselamatan pelajar apabila monyet tiba. Monyet amat kasar dan lasak Monyet akan menyerang untuk mendapatkan keperluan (makanan) Kes orang dibunuh oleh monyet Monyet membahayakan. Kebersihan Kebersihan persekitaran akan menjadi kurang memuaskan Monyet menyepahkan sampah dalam tong sampah Tong sampah jatuh dan mengeluarkan sampah Mengakibatkan bau yang tidak menynangkan Makanan dicuri dan bersepah merata-rata Gangguan Gangguan ketika handak belajar Gangguan ketika hendaki makan Gangguan ketika hendak bersukan Kesihatan

Peta Minda Unsur dalam Bahasa Melayu

Image

Cara Belajar yang Efektif

Assalamualaikum. saya ingin mengkongsikan cara belajar efektif bagi pelajar yang tidak dapat faham daripada membaca buku sahaja. Siapa yang hendak baca buku yang membosankan? Contoh yang paling mudah ialah: Membuat peta minda bagi subjek sains, bahasa dan fakta. Melakukan latih-tubi bagi subjek yang susah hendak difahami. Melakarkan lukisan bagi subjek yang memerlukan lakaran Minta bantuan daripada kawan yang pandai subjek lemah Menolong kawan yang lemah dalam subjek yang kita kuat Selain itu pelajar disarankan belajar bersama-sama. Kalau bersama cikgu lagi bagus. Setiap pelajar ada kesesuaian diri dalam cara belajar. contohnya, setengah pelajar lebih suka belajar keseorangan dan sesetengah lagi pula bersama rakan. Tetapi, cara yang saya guna untuk ulangkaji lain sekali dengan cara-cara tersebut. Cara saya guna untuk ulangkaji ialah saya akan lukis lakaran contohnya bagi biologi dan fizik sambil melihat buku. Kemudian, saya akan cuba lakar gambar tersebut tanpa menggunaka...

Nota Minggu 2

Minggu 2: Unsur-Unsur Asing dalam Bahasa Melayu Pengaruh Bahasa Sanskrit ·          Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan agama Hindu. ·          Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan Mahabharata. ·          Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit ·          Pembelajaran : bahasa, kata, bicara ·          Sifat : mesra, merdu, dahaga ·          Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi ·          Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta ·          Waktu/Masa : senj...

Soalan Percubaan Pulau Pinang Bahasa Melayu Kertas 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.  Mewangi: Rama-rama menghinggap di atas bunga ros yang mewangi di taman itu. Menyukat: Dua orang juruukur sedang menyukat tapak sebuah bangunan Menjulang: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. Menyusut: Air parit di hadapan rumah nenek saya menyusut kerana cuaca panas berterusan.  Menyelam: Ayah menyelam ke dalam sungai untuk mencari seutas jam tangan yang telah terjatuh akibat kecuaiannya sendiri. Menyisih: Apabila tetamu datang, dia segera menyisih ke dalam bilik. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. - Beliau akan beta anugerahi gelaran Datuk kerana sumbangan...

Soalan Percubaan SPM (Kedah, Kelantan)

Soalan Percubaan SPM Kedah Bina Ayat Kakak  menatang  dulang berisi makanan dan minuman dengan berhati-hati. Ibu  menjinjing  sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis anugerah itu. Pak Abu  mengandar  bajunya menggunakan sebatang kayu sambil bergerak ke rumah. Ahmad  menuntun  basikalnya pulang ke rumah kerana tayarnya telah pancit akibat paku. Makcik Salehah  mengheret  anaknya yang tidak mahu ke sekolah. Rahim  menyorong  kerusi roda yang dinaiki pesakit itu. Ayat Pindah  Khatijah bertanya kepada Norhayati sebab dia tidak menghadiri sekolah pada kelmarin. Norhayati meminta maaf dan menyatakan bahawa dia ada hal di rumahanya Khatijah bertanya tentang hal rumah Norhayati supaya dapat sama-sama tanggung kesusahannya. Norhayati memberitahu bahawa ibunya sakit dan terlantar di hospital selama seminggu. Khatijah berharap agar ibu Norhayati cepat sembuh. Kesalahan ejaan dan penggunaan imbu...

Journal

Journal 29 Januari 2017 Terbangunnya aku apabila dikejutkan oleh ibu ku. Aku bangun dan mengemaskan katil ku yang bersepah. Aku terus ke bilik air untuk membasuh muka ku supaya memberi kesegaran untuk balik ke kampung. Ibu ku menyuruh ku mandi dan mengemas beg untuk diletakkan ke dalam kereta. Aku membawa semua gajet ku supaya tidak bosan semasa perjalanan ke kampung.    Kami pun bertolak ke kampung menaiki kereta ayahku. Kami berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk bersarapan. Kami makan nasi lemak serta telur goreng yang begitu enak sekali bersama air mineral. Kami pun menyambung perjalanan ke kampung.    Setibanya di kampung pada waktu tengahari, aku melihat wajah nenek, atuk dan pakcik ku yang aku rindui. Aku memberi salam lalu bersalaman dengan mereka. Aku berasa gembira apabila memeluk mereka. Kemudian, kami semua makan tengahari bersama-sama.    Pada waktu petang, kami pergi ke rumah jiran sebelah untuk menghadiri majlis tahlil. ...

Soalan Percubaan SPM (Johor)

  (a) (i)    Proses  fotosintesis ialah proses  tumbuhan menghasilkan nutrisi.      (ii)  Kilang tersebut memproses  makanan dalam tin.      (iii) Pemprosesan  makanan merupakan cara menukarkan makanan mentah kepada makanan yang boleh dimakan.      (iv) Dengan membaca kitab tafsir itu, saya dapat memahami maksud ayat-ayat Al-Quran      (v)   Tafsiran yang kamu berikan tentang peribahasa itu kurang tepat      (vi) Pentafsiran tentang mimpi itu amat menarik perhatian. (b) (i)   Ayat perintah silaan       (ii)  Ayat perintah suruhan       (iii) Ayat perintah silaan       (iv) Ayat perintah permintaan       (v)  Ayat perintah larangan       (vi) Ayat perintah suruhan (c)  (i)   Mempercepat - didenda        (ii)  Menepikan - Malaysia...