Soalan Percubaan SPM (Kedah, Kelantan)
Soalan Percubaan SPM Kedah Bina Ayat Kakak menatang dulang berisi makanan dan minuman dengan berhati-hati. Ibu menjinjing sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis anugerah itu. Pak Abu mengandar bajunya menggunakan sebatang kayu sambil bergerak ke rumah. Ahmad menuntun basikalnya pulang ke rumah kerana tayarnya telah pancit akibat paku. Makcik Salehah mengheret anaknya yang tidak mahu ke sekolah. Rahim menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu. Ayat Pindah Khatijah bertanya kepada Norhayati sebab dia tidak menghadiri sekolah pada kelmarin. Norhayati meminta maaf dan menyatakan bahawa dia ada hal di rumahanya Khatijah bertanya tentang hal rumah Norhayati supaya dapat sama-sama tanggung kesusahannya. Norhayati memberitahu bahawa ibunya sakit dan terlantar di hospital selama seminggu. Khatijah berharap agar ibu Norhayati cepat sembuh. Kesalahan ejaan dan penggunaan imbu...